Tuesday, June 21, 2011

:: Come Back ::

Assalamualaikum...
Hai.. Lama rasenye tak meng-update blog ni..
Maklumlah sibuk dengan anak dan suami.
Sekarang sibuk pula dengan kerjaya baru iaitu ''Tukang Buat Kek" hahaha
Ni pun ada la kelapangan sikit untuk menulis kembali dan berkongsi cerita dengan rakan2.
tak lama lagi saya akan share juga resipi2 kat blog saya ni.. hehe
Nantikan kemunculannya k...

Thursday, April 1, 2010

Perkelahan di Sg Congkak @ 28/2/2010


Seronoknya berada di sini..
Hari tu, aku dan hubby ditemani bersama kawan hubby ku,
Ejal and his girl, Ummu (kalau tak silap la), kitorang pegi berkelah kat Sg Congkak.
This is the 1st time, my hubby bawa aku g berkelah. Hehehehe...
Dapat la releasekan tension dan berehat-rehat
tenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam..
Beshnya...rase mcm nak pegi lagi...hehe

Thursday, January 21, 2010

Friday, 22 Jan 2010


huhuhuhu...tak berapa ade koje la ni...
haha...tapi sempat berposing lagi untuk post ni...
so far koje hari ni ade la sikit..
yang aku buat just burn dvd and update data...
agak boring jugak la hari ni...
huhuhu...perut meragam lak tu and my lovely baby keep moving like ballerina...
love that....
and aku sempat gak lagi aku update blog aku...
ni kes takde koje la ni...



Pesan Roh Kepada Manusia

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.


“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."


**dipetik dari Artikel Harian Metro, 17/1/2010.

...My Memorable Moment...



20 Jan '10...takde keje....



ni hasil keje aku mase tengah boring kat ofis...
hehehe..baru dapat software and terus tak sabo-sabo nak try..hahaha
berjaya juga ujikaji aku hari ini...
tapi yang tak bestnye ade watermark pulak...
adoi....nampak sangat tak ori..haha..
lama-lama tengok, cantik jugak kan...haha...wakaka

Thursday, January 7, 2010

Pergerakan bayi anda semasa kehamilan

Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna.

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut – sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Apakah yang bayi buat di dalam itu?

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan. Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.


**dipetik dari artikel di babycenter.com.my